Connect with us

Oh! Tidak

Peniaga Pisang Goreng Culik 2 Kanak-Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Tular kes seorang peniaga pisang goreng di Kuala Selangor telah ditahan kerana menculik dua kanak-kanak perempuan. Katanya, dia juga telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret.

Tertuduh, Mohamad Shariz Othman telah menculik dua kanak-kanak perempuan yang baru berusia 6 dan 8 tahun daripada penjaga.

IKLAN

Menurut laporan mStar, peguam yang mewakili tertuduh memohon untuk mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya yang hanya bekerja sebagai peniaga selain daripada mempunyai dua anak.

Mohon mahkamah mengambil kira, OKT telah menghantar kedua-dua mangsa kepada penjaga. Kami dimaklumkan tujuan OKT berbuat demikian kerana OKT, menginginkan anak perempuan.

Setakat ini belum rezeki dapat anak perempuan, anak OKT dua-dua anak lelaki.

Difahamkan tertuduh menggunakan kereta Perodua Bezza untuk melarikan dua kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa raya, Nurul Sofea Jaysal memohon untuk mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana melibatkan kepentingan awam.

Pengakuan tertuduh menzahirkan keinsafahan

Susulan itu, Majistret Siti Hajar telah menjatuhkan hukuman penjara 12 dan 24 bulan dijalankan serentak serta denda RM1,000 bagi setiap tuduhan dan juga penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Tindakan (tertuduh) mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jelas menzahirkan kekesalan keinsafan amat sangat di atas insiden yang berlaku.

Namun begitu hukuman dijatuhkan mahkamah harus bersifat deterrence (pencegahan) dan faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan mahkamah.

Ia agar memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam bahawa kesalahan menculik yang amat berleluasa adalah satu kesalahan serius pada pandangan mahkamah ini.

Terdahulu, Shariza telah ditahan di rumahnya sebelum direman lima hari selepas dua kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang telah ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran rumah mangsa.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas