Connect with us

Oh! Media

Peniaga Pasar Borong Cemas, Serpihan Batu Konkrit LRT3 Jatuh Atas Khemah

Oh! Tidak

Peniaga Pasar Borong Cemas, Serpihan Batu Konkrit LRT3 Jatuh Atas Khemah

Satu situasi cemas dihadapi para peniaga di pasar borong Klang semalam apabila khemah mereka terkena serpihan batu konkrit yang dipercayai terjatuh daripada landasan pembinaan LRT3.

ADVERTISEMENT

BACA: Bongkah Konkrit Jatuh, Pemandu Lori Disaman Atas Kecuaian

Sejurus daripada kejadian itu, kerja-kerja pembinaan bagi landasan LRT3 dihentikan serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Majlis Perbandaran Klang menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Bukan itu sahaja, gerai-gerai berhampiran kawasan pembinaan tersebut juga diarahkan tutup serta-merta bagi memastikan keselamatan orang sekeliling terjamin.

Pihak MPK telah memaklumkan kepada pihak LRT mengenai kejadian tersebut dan pihak LRT telah memberhentikan kerja serta merta.

MPK telah mengarahkan gerai yang terlibat tutup serta – merta. Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada org awam dan peniaga sewaktu kejadian.

Walaubagaimanapun, mujur tiada sebarang kecederaan berlaku di tempat kejadian kerana serpihan batu tersebut hanya terkena pada barang jualan peniaga sahaja.

Kredit: Facebook Majlis Perbandaran Klang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas