Connect with us

Oh! Media

Peniaga Online Hidup Mewah Rupanya Datang Dari Hasil Jual Dadah

dadah

Trending

Peniaga Online Hidup Mewah Rupanya Datang Dari Hasil Jual Dadah

Zaman sekarang ni makin ramai yang pamerkan kehidupan mewah mereka. Jika ianya datang dari hasil yang baik dan boleh memberi inspirasi untuk orang lain, baguslah. Akan tetapi, jika hasil itu datang dari pekerjaan haram, harap bertaubatlah kerana ia akan menjadi darah daging kita.

ADVERTISEMENT

Terkini, pihak polis berjaya menahan seorang peniaga online yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. Sindiket itu dipercayai aktif di sekitar Terengganu dan Kelantan dan mereka beroperasi di Kampung Paya Gucil, Bukit Tok Beng, Gong Badak.

Dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan peniaga online, berusia 43 tahun dan telah berkahwin. Suspek dipercayai telah melakukan kegiatan itu sejak tiga tahun lalu.

Pihak polis yang melakukan serbuan menjumpai dadah jenis heroin dianggarkan seberat 28 gram. Selain itu, polis turut menyita enam kenderaan, empat jenis barang kemas, dan sejumlah wang berjumlah RM27,400.00. Barang ini semua dipercayai datang dari hasil jualan dadah.

Antara kenderaan yang di sita ialah Toyota Vellfire, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi, empat motosikal jenis Kawasaki Z800, Yamaha Y15 ZR serta dua motosikal Yamaha RXZ dengan keseluruhan nilai sitaan dianggarkan RM381,900. – Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintenden Tium Ming Kung.

Walaupun sesusah macam manapun hidup kita, janganlah lakukan perkara yang sia-sia dan bahayakan diri kita dan keluarga apatah lagi jika ia hasil dari sumber haram.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas