Connect with us

Oh! Media

Peniaga Ikan Siakap ‘Kayangan’ Didakwa?

peniaga

Trending

Peniaga Ikan Siakap ‘Kayangan’ Didakwa?

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan dengan peniaga di sebuah restoran di Langkawi menjual ikan siakap seberat tujuh kilogram (kg) dengan harga RM1,196.

ADVERTISEMENT

BACA: Customer Siakap Viral Beri Penjelasan, Nafi Dakwaan Pihak Kedai

Menurut laporan Kosmo, wanita yang menjual ikan siakap dengan harga lebih dari RM1,000 ini akan didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Gagal menghantar dokumen perniagaan dengan terperinci

peniaga

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid menyatakan bahawa peniaga ikan siakap itu gagal menyediakan dokumen perniagaan lengkap yang diminta oleh kementerian mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Walaupun peniaga itu telah memberi kerjasama yang baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun dia gagal menghantar dokumen yang diminta dengan lengkap dan terperinci.

Sebelum ini tempoh penghantaran dokumen terperinci terbabit telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan tersebut.

Begitupun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu. Kertas siasatan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Rosol juga mengatakan dengan kegagalan peniaga tersebut terhadap pemberian dokumen yang diminta, dia akan didakwa dibawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika sabit kesalahan.

Jadi buat semua peniaga di luar sana, janganlah sesuka hati meletakkan harga makanan terlampau tinggi sehingga menyebabkan kerugian melanda diri sendiri.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas