Connect with us

Oh! Media

Peniaga Dakwa Sarawak Bukan Dari Malaysia & Tidak Lakukan Penghantaran Ke Negeri Itu

Trending

Peniaga Dakwa Sarawak Bukan Dari Malaysia & Tidak Lakukan Penghantaran Ke Negeri Itu

Tak sangka masih ada antara kita rakyat Malaysia yang mengatakan Sabah dan Sarawak tidak termasuk negeri dalam Malaysia.

ADVERTISEMENT

Situasi ini dikongsikan seorang pembeli dari Sarawak yang menerima layanan yang mengejutkan dari seorang penjual dari Semananjung Malaysia yang melakukan perniagaan secara online.

Ini apabila penjual terbabit mendakwa pihak mereka tidak melakukan penghantaran barang luar dari Malaysia dan mengatakan Sarawak tidak termasuk dari negeri Malaysia.

Selepas isu ini menjadi viral, pihak pengursan kedai terbabit dikatakan menghubungi semula pembeli terbabit dan meminta maaf atas kesilapan salah seorang pekerja mereka yang turut menawarkan potongan harga sehingga 50%.

Apapun ia sudah terlambat kerana pembeli terbabit sudah tidak berminat untuk melakukan sebarang pembelian walaupun telah menerima permohonan maaf mereka.

Kami yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang buta geografi negara sendiri, tapi perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Kredit: Facebook Romeo Storie

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas