Connect with us

Oh! Media

Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun RM1,500 Kerana Gagal Patuhi SOP

Trending

Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun RM1,500 Kerana Gagal Patuhi SOP

Tindakan 15 pengunjung sebuah pusat hiburan di Bahau mendapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika minum minuman keras dan duduk rapat-rapat membawa padah apabila dikompaun RM1,500.

ADVERTISEMENT

Kesemua pengunjung pusat hiburan itu bagaimanapun ditahan polis dalam operasi yang diadakan jam 11:30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis disertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL).

Menurut beliau, seramai 22 individu berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun berada dalam premis berkenaan namun hanya 15 daripadanya didapati melanggar SOP penjarakan sosial ditetapkan. 

“Semua mereka dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang. Polis turut mengeluarkan kompaun RM25,000 terhadap pemilik premis yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain kesalahan aktiviti di dalam pub atau kelab malam.

“Kesemua individu terbabit turut menjalani saringan dadah dan seorang pengunjung didapati positif dadah jenis morfin.

“MPJL juga mengeluarkan kompaun RM5,000 terhadap pemilik premis kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 ,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas