Connect with us

Oh! Media

Penghantar Makanan Tak Perlu Risau Kenderaan Kena Saman

penghantar makanan

Trending

Penghantar Makanan Tak Perlu Risau Kenderaan Kena Saman

Ke mana-mana kita pergi terutamanya di kota bandar, pastinya kita akan melihat kelibat penghantar makanan yang menunggang motosikal. Penghantar makanan semakin meningkat selepas ramai yang menjadikan pekerjaan ini sebagai pilihan untuk menyara kehidupan di saat pandemik.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan telah mewujudkan tempat khas yang dikenali sebagai ‘Green Zone’ sebagai tempat untuk mereka meletakkan kenderaan.

Mereka juga tidak akan dikenakan saman jika meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja mereka.

Kita sudah ada projek perintis kawasan Green Zone iaitu di menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kini boleh digunakan oleh golongan tersebut.

Selain itu, saya juga sudah berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah untuk melaksanakan projek ini secara segera di 10 kawasan lain yang dikenal pasti antaranya berhadapan Pavillion, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Jalan Ampang dan Sunway Putra. – Kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias

Ini pastinya satu berita yang memberi sedikit kelegaan kepada mereka dan tidak perlu rasa bimbang lagi untuk meletakkan kenderaan.

Jadi, pastikan anda yang melakukan kerja ini memandu dan menunggang motosikal berhati-hati serta jangan terlalu mengejar pesanan. #kitajagakita

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas