Connect with us

Oh! Media

(Video) Ngeri: ‘Rider’ Makanan Maut Digilis Lori Laju

Trending

(Video) Ngeri: ‘Rider’ Makanan Maut Digilis Lori Laju

Semalam telah tular satu video rakaman ‘dash cam’ yang memaparkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan beberapa kenderaan lain. 

ADVERTISEMENT

Pemandu lori itu dilaporkan telah pun ditahan selepas dia didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain dan telah menyebabkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), semalam.

Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Serdang.

Menurut laporan dari Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

Disebabkan keadaan itu, lori itu telah melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

Lori yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian telah melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ. – Kata Superintendan Azman Shari’at.

Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan urin.

Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Katanya.

https://twitter.com/jamaltharebel/status/1359103940353138688?s=21

Kepada anda yang diluar sana, pandulah dengan cermat. Ingat! bukan anda sahaja pengguna jalan raya. Kesilapan anda, tetapi mungkin nyawa orang lain yang akan melayang. #KitaJagaKita

Kredit: Harian Metro, @JamalThaRebel

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas