Connect with us

Oh! Media

Pengecualian Cukai Jualan Kereta Dan Rumah Akan Lanjut Sampai Tahun Depan?

Cukai

Trending

Pengecualian Cukai Jualan Kereta Dan Rumah Akan Lanjut Sampai Tahun Depan?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dijangka dilanjutkan sehingga tahun depan.

ADVERTISEMENT

BACA : Kerajaan Dicadang Kenakan Cukai Pada Cecair Vape Bernikotin, Mampu Jana Pendapat Hingga RM4 Billion Setahun

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu akan diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini dan ianya dikatakan sendiri Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik Pasaran RHB Investment Bank Bhd, Dr Sailesh K Jha.

Bajet 2022 dijangka melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan memandangkan jualan mengecewakan pada tahun ini walaupun terdapat pengecualian cukai terbabit berikutan beberapa sekatan pergerakan serta penutupan bilik pameran dan kilang pengeluaran.

Begitu juga dengan HOC, di mana lebihan hartanah untuk komponen bertingkat masih menjadi masalah dan kami percaya ia memerlukan pendekatan berterusan jangka panjang.

Sebelum ini, pengecualian 100 peratus cukai jualan bagi kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus kenderaan import sepenuhnya (CBU), serta HOC hanya sehingga 31 Disember ini.

Kalau betul sehingga tahun depan, memang terbaiklah! Maklumlah, kenderaan dan rumah tu kan memang keperluan semua orang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas