Connect with us

Oh! Media

Pengawal Keselamatan Tambah Mata Pada Potret Bernilai RM3.5 Juta Kerana Bosan Bertugas Pada Hari Pertama

lukisan

Trending

Pengawal Keselamatan Tambah Mata Pada Potret Bernilai RM3.5 Juta Kerana Bosan Bertugas Pada Hari Pertama

Ingatkan Mr.Bean jer berani ubah lukisan mahal, tak tahu pula dalam dunia sebenar pun ada orang berani buat macam tu. Kah!

ADVERTISEMENT

Korang bayangkanlah, lukisan dengan nilai £740,000 (RM3.5 juta) dekat galeri Rusia tak pasal-pasal rosak selepas seorang pengawal keselamatan dikatakan melukis mata dengan menggunakan pen pada lukisan ‘Three Figures’ yang tidak berwajah.

Memetik laporan Daily Mail, hari itu merupakan hari pertama pengawal keselamatan berkenaan bertugas dan kerana terlalu bosan, dia lakukan ubah suat pada satu potret dalam galeri berkenaan.

Potret Three Figures bernilai RM3.5 juta sebelum diconteng pengawal keselamatan

three figures

Potret Figures selepas diconteng pengawal keselamatan. Cantik tak?

three figures

Potret Three Figures ini sebenarnya merupakan hasil karya Anna Leporskaya yang dilukis pada tahun 1932-1934 dan telah dipamerkan dalam seni abstrak di Pusat Yeltsin, Rusia.

Apa nasib pengawal keselamatan tu agaknya?

Berdasarkan laporan, pengawal berusia 60 tahun itu telahpun dipecat. Pihak polis turut membuka kertas siasatan untuk kes ini dan pengawal terbabit akan dituduh melakukan vandalisma. Jika bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun.

Bagaimanapun, contengan mata yang dilakukan pengawal terbabit boleh dibaiki semula tanpa merosakkan lukisan asal dengan kos sebanyak RM11,805.

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas