Connect with us

Oh! Media

Pegawai Polis Disyaki Rogol Ibu Tunggal Di Bilik IPD

Trending

Pegawai Polis Disyaki Rogol Ibu Tunggal Di Bilik IPD

Pada Sabtu lalu, seorang pegawai polis disyaki merogol seorang ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 3 petang ketika mangsa dibawa ke bilik suspek dari lokap untuk siasatan. 

ADVERTISEMENT

Mangsa yang merupakan ibu tunggal itu adalah seorang tahanan disitu berhubung kes dadah dan suspek merupakan pengawai penyiasat yang bertanggungjawab mengendalikan kes berkenaan.

Menurut keterangan mangsa, pada awalnya suspek mengatakan bahawa kes boleh selesai sekiranya mangsa memenuhi kehendaknya. Kemudian, pakaian mangsa dibuka suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral serta persetubuhan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata bahawa suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun Keseksaan.

Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas