Connect with us

Oh! Media

Akibat ‘Jaga Tepi Kain Orang’, Jiran Berjaya Bongkar Jenayah Pengasuh Kanak-Kanak

Oh! Tidak

Akibat ‘Jaga Tepi Kain Orang’, Jiran Berjaya Bongkar Jenayah Pengasuh Kanak-Kanak

Walaupun ramai yang bersetuju dengan perumpamaan ‘jangan jaga (sibuk) tepi kain orang’, tapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan ada sesetengah perkara yang sememangnya perlu untuk kita ‘menyibuk’, lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dengan jenayah.

Oleh kerana maklumat yang diterima daripada orang awam, akhirnya pihak polis berjaya membongkarkan satu jenayah penderaan kanak-kanak pada 2 Januari lalu.

Disebabkan itu seorang pengasuh kanak-kanak telah ditahan kerana didakwa telah mendera seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga maut.

Suspek yang berusia 61 tahun itu pada mulanya dikatakan tidak tahan dengan kelakuan mangsa yang terlalu aktif (hiperaktif) sehingga mendorong dia untuk mendera mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Siasatan mendapati, suspek sudah mengasuh kanak-kanak perempuan ini sejak September tahun lalu.

Bapa mangsa yang bekerja di Vietnam tak dapat pulang ke Malaysia disebabkan pandemik Covid-19 dan ibunya pula seorang warga tempatan dilaporkan telah hilang dan melarikan diri. – Katanya.

Mangsa dijaga oleh pengasuh yang dikatakan tinggal bersama dua anak lelakinya berusia 22 dan 34 tahun.

Suspek memang tidak ada sebarang pertalian saudara dengan mangsa, dia hanyalah kenalan bapa mangsa yang diminta untuk menjaga kanak-kanak itu.

Selepas terima maklumat daripada orang awam, kami terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terdapat juga kesan kecederaan di tubuh mangsa. – Kata Saiful.

Suspek dan dua anak lelakinya ditahan pada hari sama dan direman selama lapan hari.

Kertas siasatan kes ini dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap pengasuh ini dijalankan pada Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala dua anak lelakinya akan dijadikan saksi pendakwaan.

Saiful Azly juga turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan orang ramai yang membantu memberi maklumat kepada polis tentang kejadian itu.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top