Connect with us

Oh! Media

Penganjur Dan Pengunjung Parti Liar Kolam Renang Dikompaun Lebih RM1 Juta

parti liar

Oh! Tidak

Penganjur Dan Pengunjung Parti Liar Kolam Renang Dikompaun Lebih RM1 Juta

Kecoh parti liar diadakan di kolam renang sebuah kelab persendirian di Bukit Kiara malam tadi, pihak polis telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1, 565, 000 kepada penganjur dan juga pengunjung parti liar tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Berbikini Menari Dalam Kolam Renang, Polis Tahan 299 Sertai Parti Liar Di Bukit Kiara

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor menyatakan bahawa RM50,000 kompaun telah dikenakan kepada pihak penganjur dan RM435,000 kompaun dikenakan kepada 87 pengunjung tempatan.

Semua individu gagal mematuhi SOP

parti liar

Amihizam Abdul Shukor mengatakan, seramai 216 pengunjung warga asing telah dikenakan kompaun sebanyak RM1, 080, 000 dan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun adalah RM1, 565, 000. Manakala, 216 individu telah ditahan daripada 303 orang yang diperiksa.

Menurutnya juga, semua yang ditahan didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan berkumpul di satu tempat sehingga tiada penjarakkan fizikal.

Kesemua yang diperiksa terdiri daripada 55 wanita dan 161 lelaki warga asing manakala 87 individu adalah warga tempatan.

Kesemua 216 individu warga asing yang ditangkap kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut.

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Difahamkan, mereka yang mahu hadir ke parti tersebut perlu membuat bayaran sebanyak RM60 seorang. Dah la kena bayar, lepastu kena kompaun pula ni. Tak pasal-pasal banyak duit melayang. Jangan la korang buat hal join parti-parti macam ni ya!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas