Connect with us

Oh! Media

Penduduk Terima Amaran Dan Ugutan Kerana Menaikkan Bendera Putih

Trending

Penduduk Terima Amaran Dan Ugutan Kerana Menaikkan Bendera Putih

Kempen ‘Bendera Putih’ adalah hasil inisiatif rakyat ingin membantu orang ramai yang sedang menghadapi kesusahan dari segi keperluan makanan.

ADVERTISEMENT

Lain pula berlaku di Bukit Setongkol apabila segelintir penduduk di situ menerima amaran oleh kerana menaikkan bendera putih sehingga diminta untuk diturunkan.

Tindakan itu dikatakan satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang gagal diturunkan.

Oleh kerana bimbang tindakan akan dikenakan, penduduk akur dengan arahan oleh seorang individu yang datang bersama tiga anggota polis pada selasa lepas.

Salah seorang penduduk berkata, mereka semua bersepakat untuk menaikkan bendera putih kerana kebanyakkan diantara mereka terputus bekalan makanan harian.

“Kebanyakan kami di sini bekerja sebagai peniaga dan buruh hilang sumber pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Memang selepas bendera itu dipasang ada sebuah persatuan datang hulurkan sumbangan, namun selepas itu seorang pemimpin setempat datang menegur minta bendera itu diturunkan segera kerana menjadi kesalahan dan tidak dibenarkan polis,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang pada Khamis.

Menurut penduduk di situ, tindakan mereka menaikkan bendera putih dikatakan satu kesalahan sedangkan kempen yang tular di media sosial ini adalah satu kempen yang ingin membantu orang yang sedang menghadapi kesusahan mendapat bantuan yang sewajarnya.

Video yang tular di laman sosial Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sementara itu, Chong Siang berkata, arahan menurunkan bendera putih dinaikkan penduduk yang memerlukan bantuan tidak sepatutnya berlaku.

“Sekiranya betul tindakan ini tidak dibenarkan oleh pihak polis, perkara ini perlu dijelaskan kerana ia tidak menjadi masalah di tempat lain.

“Tujuan kempen ini adalah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan amat terdesak,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak berkenaan yang menyedari bendera putih dikibarkan harus bertanya khabar dan hulurkan bantuan bukannya mengambil tindakan undang-undang.

Chong Siang membuat lawatan kepada penduduk di kawasan itu menghulurkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada keluarga yang terkesan.

Kredit : SinarOnline

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas