Connect with us

Oh! Media

Pendatang Haram Serang Penduduk Palestin Habis-Habisan Semasa Aidiladha

Oh! Tidak

Pendatang Haram Serang Penduduk Palestin Habis-Habisan Semasa Aidiladha

Serang habis-habisan sewaktu bulan Ramadan, serang ketika umat Islam sambut Hari Raya Aidilfitri, serang lagi masa Hari Raya Aidiladha. Itu sahajalah yang mampu dilakukan pendatang haram Israel namun masih belum mampu meruntuhkan semangat juang rakyat Palestin.

ADVERTISEMENT

Terkini, tentera rejim Israel dilaporkan telah menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, tentera Israel menyerang Bandar Qalqilya, menyerbu rumah-rumah dan merosakkan harta benda mereka.

Saksi memberitahu, sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.

Kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho turut telah diserbu dan penuduk telah disoal siasat dengan kasar.

Tentera Israel kerap menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak beberapa tahun lepas dan semakin meningkat dengan bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Oktober lepas.

Apa yang kita boleh lakukan di sini? Teruskan memboikot produk yang ada kaitan terus dengan Israel dan sama-sama kita diakan kemenangan buat saudara kita di sana.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas