Connect with us

Oh! Media

Pendaftaran Ditutup, Netizen Luah Rasa Kecewa Tak Dapat Daftar Vaksin

Oh! Tidak

Pendaftaran Ditutup, Netizen Luah Rasa Kecewa Tak Dapat Daftar Vaksin

Sebelum ini kerajaan mengumumkan berita gembira yang mana kerajaan telah membuka pemohonan fasa 2 untuk Vaksin AstraZeneca bermula hari ini melalui laman Web Vaksin Covid Malaysia, akan tetapi ramai netizen dikatakan berasa terkilan kerana tidak dapat mendaftar untuk pengambilan vaksin berkenaan.

ADVERTISEMENT

Pendaftaran vaksin AstraZeneca fasa 2 yang dibuka pada pukul 12.15 Tengah hari tadi telah pun ditutup kira-kira beberapa jam kemudian kemudian oleh sebab pendaftaran penuh menyebab netizen mula menyuarakan kekecewaan mereka di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Tangkap layar di laman Twitter menunjukkan rata-rata netizen kecewa gagal mendaftar

Netizen mendakwa bahawa mereka sudah menunggu lama untuk mendaftar dan masalah teknikal seperti memilih kawasan untuk janji temu untuk divaksin tidak dapat dipilih dan akhirnya pendaftaran tidak dapat dibuat lagi kerana sudah penuh.

Dakwaan yang mengatakan pendaftaran untuk vaksin fasa 2 sudahpun penuh

Salah seorang pengguna lama Twitter bernama @aswadi_didi mengatakan dia sudah menunggu selama sejam untuk mendaftar dan kemudian didapati pendaftaran sudah penuh.

Rata-rata netizen berasa terkilan kerana tidak dapat mendaftar dan turut menasihati supaya pihak yang terlibat untuk memperbaiki mutu pendaftaran supaya tidak lagi berlaku perkara seperti ini.

Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen yang berjaya mendaftar untuk mengambilan vaksin tersebut selain turut mengadu masalah yang sama iaitu masalah teknikal semasa pendaftaran.

Kredit: JKJAVMY

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top