Connect with us

Oh! Media

Pencuri Kereta Terpaksa Berpatah Balik, Sempat Beri Nasihat Pada Pemilik Kereta

Trending

Pencuri Kereta Terpaksa Berpatah Balik, Sempat Beri Nasihat Pada Pemilik Kereta

Memang masih ramai lagi ibu bapa diluar sana yang suka meninggalkan anak sedirian di dalam kereta dan selalunya perkara ini terjadi apabila mereka singgah sebentar membeli barang di kedai runcit. Tapi, sedarkah anda tentang bahayanya perbuatan tersebut?

ADVERTISEMENT

Kisah yang berlaku di Oregon ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa diluar sana. 

Siapa sangka seorang pencuri kereta di Oregon sebenarnya merupakan seorang yang bertimbang rasa apabila dia sanggup berpatah balik dan ‘memulangkan’ budak lelaki kepada ibunya selepas dia dikatakan mencuri kenderaan milik wanita itu.

Malah lelaki itu sempat memarahi wanita berkenaan kerana telah meninggalkan anak lelakinya yang berusia empat tahun sendirian di dalam kereta Honda Pilot dengan enjin yang masih hidup dan pintu tidak berkunci.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah kedai barangan runcit di Portland, pada Sabtu lalu ketika wanita itu dikatakan keluar dan meninggalkan anaknya seorang diri di dalam kenderaaan untuk membeli susu dan daging.

Jurucakap polis Beaverton, Matt Henderson berkata, suspek berniat mencuri kenderaan itu dan mahu melarikannya, namun dia terkejut apabila mendapati pintu tidak berkunci selain terdapat kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang.

Dia kemudian berpatah balik ketika masih dalam kawasan tempat letak kenderaan dan ‘bersyarah’ kepada wanita itu kerana meninggalkan anaknya.

Malah suspek mengugut mahu melaporkan tindakan wanita itu (meninggalkan anak) kepada polis. – Kata Handerson.

Di dalam keadaan yang terkejut, wanita itu mengambil anaknya dan lelaki itu dipercayai segera melarikan diri dengan kenderaan jenis utiliti sukan berkenaan.

Kami bersyukur suspek telah mengembalikan si kecil (mangsa) dan dengan sopan melakukannya. – Katanya.

Ingat gais, jangan tinggal budak kecil sorang-sorang dalam kereta, walaupun sekejap. Bahaya tu boleh terjadi dimana-mana saja, beringatlah sebelum terkena.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas