Connect with us

Oh! Media

Baru 20 Minit Curi Tabung Kedai, Pencuri Dah Kena Cekup

Trending

Baru 20 Minit Curi Tabung Kedai, Pencuri Dah Kena Cekup

Inilah yang orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Macam kes lelaki ni, baru je 20 minit lepas curi tabung kedai, dah kena tangkap dengan polis.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh, pencuri ni ‘kantoi’ sewaktu pihak polis membuat rondaan MPV. Suspek pula dalam keadaan yang meragukan di lorong belakang kedai. Bila check, memang ada dua tabung yang dia tengah pegang. Hm, memang terbongkar lah rahsia.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengaku telah melakukan pecah kedai dan mencuri dua tabung derma di sebuah kedai berhampiran stesen minyak. Siasatan lanjut mendapati suspek masih dibawah tahanan POCA Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara sejak setahun lalu.” – katanya.

Semoga jadi pengajaran lah ya buat semua. Banyak lagi cara lain yang halal untuk kita dapatkan duit. InshaAllah, kalau rezeki kita berkat, walaupun sikit, kita tetap rasa cukup.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas