Connect with us
penceramah

Oh! Tidak

Penceramah ‘Claim’ Boleh Bercakap Dengan Semut, Cacing Dan Jin Mohon Maaf

Terdahulu, tular di media sosial keratan video memaparkan seorang individu yang mempunyai pondok pesantren mengaku boleh berbicara dengan semut, cacing dan jin.

Individu yang dikenali dengan nama Mama Ghufron itu juga mendakwa boleh membuat panggilan video dengan malaikat, penjaga neraka dan sebagainya.

IKLAN
mama ghufron

Lebih membimbangkan apabila ceramah pendek Mama Ghufron yang berasal dari Bandung, Jawa Barat, Indonesia itu turut tular di Malaysia.

Susulan kontroversi itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan mengambil tindakan untuk membetulkan pemahaman Mama Ghufron agar masyarakat tidak terpengaruh dan mengikuti ajarannya itu.

penceramah

Terbaru, Mama Ghufron akhirnya tampil dengan satu permohonan maaf yang dibuatnya menerusi video di laman Youtube.

Alhamdulillah wa syukurillah, saya dari pondok pesantren Uniq Nusantara Pancasila, mohon maaf yang sebesar-besarnya atas viralnya rakaman video pondok pesantren Uniq Nusantara. Dari Sabang sampai Merauke, mohon maaf yang sebesar-besarnya.

Lelaki itu membuat permohonan rasmi ditemani tiga lagi individu lain. Pihaknya berharap orang ramai tidak lagi meninggalkan komen yang boleh mengundang keresahan masyarakat.

penceramah

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas