Connect with us
khalwat

Oh! Tidak

Pencegah Maksiat Tergamam Tengok Pelaku Capai Jubah Putih, Abaya Masa Dicekup Di Hotel Bajet

Penceramah, Ustaz Elyas Ismail menceritakan pengalaman dilalui sahabatnya yang bertugas di Jabatan Agama Islam ketika membuat serbuan di hotel bajet.

Katanya, operasi pencegahan maksiat dilakukan semasa cuti umum seperti sambutan ambang merdeka dan tahun baharu.

IKLAN

Antara pasangan berkhalwat yang pernah ditangkap adalah suami orang dan isteri orang, bos dan setiausaha, serta individu berpangkat besar bersama pembantu peribadi sendiri.

hotel bajet
Sekadar gambar hiasan

Namun, antara kes yang paling meninggalkan kesan adalah pasangan pelajar tahfiz yang berjubah.

Kami pecah satu bilik, budak lelaki dengan seluar pendek duk atas katil. Lepastu perasan ada seorang perempuan duk dalam bilik air. Tuan tuan, kalau dah lelaki dan perempuan dalam satu bilik, tak usahlah bersangka baik sangat. Takkan mengaji tajwid.

Pegawai pencegah maksiat bertanya sama ada pasangan itu sudah berkahwin, jawapan yang mereka berikan adalah mereka ‘bakal’ berkahwin.

Pasangan itu kemudian diminta memakai pakaian lengkap untuk dibawa ke balai polis. Mereka juga diminta menghubungi waris masing-masing.

Ketika itulah pihak penguasa tergamam apabila si lelaki mencapai jubah putih dan serban. Si perempuan pula memakai abaya hitam.

Kata Ustaz Elyas, syaitan sentiasa menghasut walaupun seseorang itu mempunyai al-Quran di dada. Oleh itu, sebagai ibu bapa, mereka bertanggungjawab mendidik anak-anak sampai mati.

khalwat

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas