Connect with us

Oh! Media

“Penat Cari Duit Untuk Dia” – Suami Kerja Offshore Kecewa Lihat Isteri Tunang Dengan Lelaki Lain

Oh! Tidak

“Penat Cari Duit Untuk Dia” – Suami Kerja Offshore Kecewa Lihat Isteri Tunang Dengan Lelaki Lain

Tular di aplikasi TikTok, suami yang bekerja di offshore kecewa dengar isteri mahu mulakan hidup dengan lelaki lain. Hmm.. gaji banyak pun tak dapat jamin hidup harmoni.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Kerja Offshore Baru Tahu 4 Dari 6 Anak Bukan Benihnya, Nama Di IC Kekal Demi Jaga Aib

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang peguam syarie, dia berkongsi tentang seorang suami yang difahamkan pekerja offshore terpaksa menerima hakikat apabila isterinya sudah bertunang dengan lelaki lain.

Tapi yang lagi mengejutkan adalah pertunangan itu diadakan ketika perkahwinan mereka masih berstatus sah sebagai suami dan isteri.

Saya kerja kapal, balik 6 bulan sekali… Penat cari duit untuk dia, macam ni dia balas kita.

Keluarga mentua tahu dan siap suruh saya ceraikan isteri ada la.

Lelaki tersebut berkata dia tak sangka perkara yang haram ini disokong oleh keluarga walaupun perkahwinan mereka sudah 12 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.

Depa kata saya tak layak masuk keluarga depa sebab saya anak tak sah taraf.

Alasan ini digunakan oleh keluarga mentua untuk mendesak lelaki tersebut menceraikan isterinya dan berkeras tak nak keturunan dari orang yang berstatus sebegitu.

Walau bagaimanapun, selepas pergi ke sesi kaunseling, si isteri masih tidak mengaku perbuatan haram yang dilakukan itu.

Kesiannya si suami ni, dah lah pergi kerja untuk cari rezeki buat keluarga tapi lain pulak jadinya. Apa-apa pun, semoga tabah hadapi ujian ni.

Kredit: TikTok @HairiMustafa_Associates

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas