Connect with us

Oh! Media

Pemuda OKU Hilang Kerja, Buat Perkhidmatan Buang Sampah Dengan Upah RM1

Trending

Pemuda OKU Hilang Kerja, Buat Perkhidmatan Buang Sampah Dengan Upah RM1

Disebabkan Covid19, ramai individu yang terpaksa diberhentikan kerja dan pasti mereka akan membuat apa saja cara bagi menampung kehidupan harian. Begitu juga dengan seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) lembam ni, dia sanggup buat perkhidmatan buang sampah dari rumah ke rumah.

ADVERTISEMENT

Gideon yang berumur 35 tahun telah mula melakukan perkhidmatan itu sejak dua minggu. Penduduk di sekitar Taman Putera Jaya, Telipok hanya dikenakan caj serendah RM1 bagi setiap sampah gais. 

Dia sendiri tak sangka perkhidmatannya itu telah mendapat sambutan ramai, malah ada yang bagi duit lebih lagi.

Saya selalu ke rumah kakak di blok berdekatan dan kerap menolong abang ipar buang sampah ke tempat pengumpulan sampah. Jadi suami kakak mencadangkan saya melakukan perkhidmatan itu dengan kadar RM1 bagi setiap bakul sampah.

Juga kerana saya sudah tiada pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.

Selepas dipersetujui ahli keluarga, maka abang ipar membuat hebahan di Facebook miliknya selain group WhatsApp dan ada penduduk mula menelefon untuk mendapatkan perkhidmatan saya.

Terbaiklah anak muda, tak pernah patas semangat. Walau apapun, kita sama-sama berdoa supaya penularan wabak ini akan berakhir nanti. Korang semua pun jangan lupa untuk mematuhi segala SOP yang telahpun ditetapkan.

Kredit: Harian Metro | Rakyat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas