Connect with us

Pemilik Perniagaan Tidak Wajib Lagi Rekod Suhu Pelanggan – Ismail Sabri

Oh! Politik

Pemilik Perniagaan Tidak Wajib Lagi Rekod Suhu Pelanggan – Ismail Sabri

Sebelum ini kita dapat lihat beberapa kenyataan yang mengatakan suhu badan pelanggan tidak seharusnya direkodkan oleh pihak peniaga.

Bagaimanapun, hari ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua premis di Malaysia tidak lagi diwajibkan untuk mencatat suhu badan pelanggan. Tetapi hanya perlu mengambil rekod seperti nama, dan nombor telefon sahaja di dalam buku. Jika pelanggan mempunyai aplikasi MySejahtera, itu lebih bagus.

Ismail Sabri juga menggalakkan pemilik perniagaan yang sebelum ini telah disaman kerana tidak merekodkan suhu pelanggan untuk kembali berhubung dengan pihak berkuasa.

Selain isu ini, isu lain yang dimaklumkan adalah berkenaan ada premis yang beroperasi 24 jam sedangkan arahan untuk membenarkan permbukaan kedai 24 jam masih belum dikeluarkan. Bagaimanapun, hanya klinik swasta sahaja yang dibenarkan.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top