Connect with us
jetski langkawi

Oh! Tidak

Pemilik Jetski Lapor Polis Lepas Influencer Tularkan Kejadian Kena Bayar Ganti Rugi RM13k

Seorang pempengaruh dari Sarawak dikenali sebagai NgekTsai Army tampil membuka mulut mengenai kejadian yang menimpanya ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Dalam hantaran yang dibuat di Facebook, Ngek Tsai berkata, dia perlu membayar sehingga RM13,000 untuk kerosakan sebuah jetski.

IKLAN

Otw flight balik Sarawak, Ngektsai berfikir panjang dan cuba proses kejadian tu. Adakah nilai kerosakan sehingga RM15,000? Kalau betul, mana detailnya? Lepas pembayaran cash RM9000 dibuat, Ngektsai tak dpt resit rasmi langsung!

Katanya, dia sanggup membayar di atas dasar tanggungjawab namun mempersoalkan adakah wajar dikenakan sebanyak itu.

Baca perkongsian penuh:

Difahamkan, Ngek Tsai telah membuat satu laporan polis selepas tiba di Sarawak. Susulan itu, pemilik syarikat CBW Watersport, Rotna Fairi Rahani telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dua hari lalu.

Lapor Harian Metro, Rotna Fairi turut membuat satu laporan polis ke atas Ngek Tsai menuntut hantaran dipadam termasuk permohonan maaf secara terbuka.

jetski

Jika gagal, pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ngek Tsai.

Pemilik syarikat turut mempersoalkan motif pempengaruh itu menularkan kejadian selepas mengaku salah dan bersetuju membayar pampasan pada hari kejadian.

jetski

Jelasnya, pada hari kejadian kira-kira jam 6.15 petang, pelanggan sendiri yang mengaku menyebabkan perlanggaran dua jetski yang digunakannya bersama rakan.

Kakitangannya telah berbincang dan mencapai kata sepakat apabila pelanggan setuju membayar RM13,000 walaupun jumlah pampasan sebenar dikenakan adalah RM15,000.

Sebagai pelanggan dia (Ngek Tsai) menandatangani borang indemniti untuk mematuhi beberapa syarat ditetapkan dan bersetuju membayar pampasan sehingga RM20,000 jika berlaku kerosakan pada jetski.

Dia juga mempunyai rakaman video memaparkan pelanggan mengaku salah dan bersetuju dengan pampasan yang dikenakan.

Pemilik syarikat ini terkilan apabila isu tersebut ditularkan semula selepas pelanggan pulang ke Sarawak.

jetski langkawi

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas