Connect with us

Oh! Media

Pemilik Babi Sudah Bersihkan Rumah, Hantar Ke Pusat Jagaan Khas

Babi

Trending

Pemilik Babi Sudah Bersihkan Rumah, Hantar Ke Pusat Jagaan Khas

Sebelum ini terdapat laporan dimana penyewa tergamak meninggalkan babi peliharaannya sebelum keluar dan berpindah dari rumah yang disewa di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara, Simpang Ampat. 

ADVERTISEMENT

BACA : Penyewa Tinggalkan Babi Di Rumah Sewa Sejak Jun Sebelum Pindah

Menurut laporan Harian Metro, pemantauan di lokasi berkenaan mendapati bahawa kerja pembersihan sudah dijalankan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Rozali Mohamud.

Pemiliknya juga telah memindahkan dua ekor haiwan peliharaannya itu keluar ke pusat jagaan khas. 

Pegawai Veterinar yang berada di lokasi mendapati tiada isu pengabaian atau penganiayaan terhadap haiwan itu.

Isunya di sini lebih menjurus kepada kacau ganggu ekoran bau, najis, dan kediaman yang tidak diselenggara susulan pemeliharaan haiwan itu.

Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah memberi notis pembersihan kepada pemilik kediaman berkenaan dan diberi tempoh selama tiga hari bagi memindahkan haiwan itu. 

Haa, macam ni kan bagus! Biarlah pusat jagaan khas yang dua ekor babi itu dengan baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas