Connect with us

Oh! Media

Pemandu Wira Dirempuh Ambulans Di Lampu Isyarat Meninggal Dunia

Oh! Tidak

Pemandu Wira Dirempuh Ambulans Di Lampu Isyarat Meninggal Dunia

Tular baru-baru ini di media sosial berkenaan rakaman sebuah ambulans merempuh sebuah kenderaan Proton Wira di persimpangan lampu isyarat.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kemalangan Di Lampu Isyarat, Netizen Tegur Pemandu Ambulans

Sebaik tiba di persimpangan itu, ambulans berkenaan tidak berhenti dan masih meneruskan pemanduan sebelum merempuh kereta dipandu mangsa yang sedang membelok ke kanan.

Rakaman tular itu bagaimanapun menimbulkan ‘perbahasan’ dalam kalangan netizen sama ada insiden tercetus daripada kesalahan di pihak ambulans atau salah pemandu kereta terbabit.

Selain itu, terdapat juga netizen yang menyalahkan pemandu ambulans tersebut selain perlu memastikan keadaan selamat terlebih dahulu sebelum melanggar lampu isyarat merah.

Pemandu dirempuh ambulans, meninggal dunia

Menurut laporan Harian Metro, pemandu Proton Wira yang merupakan seorang warga emas maut sejurus kereta dipandunya dirempuh ambulans yang membawa pesakit yang dijangkiti.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Juna Yusoff, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Kampung Baru Rimba Panjang, Sungai Siput.

Tambahnya, mangsa, Law Poh Huat, 62, bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Siput pada 2 Oktober lalu.

Selain itu, siasatan awal juga mendapati ambulans dinaiki dua petugas kesihatan berkenaan sedang dalam perjalanan membawa dua pesakit dari Pusat Penilaian jangkitan (CAC) Ipoh ke Hospital Sungai Siput.

Kesemua mangsa yang berada dalam ambulans berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walaubagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk prosedur operasi standard (SOP) gagal dipatuhi pihak ambulans membabitkan pemasangan bunyi serta lampu siren.

Kredit: Harian Metro I Suara Perak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top