Connect with us

Oh! Media

Wanita Trauma, Selepas Ditawar RM500 Untuk Lakukan Seks

Trending

Wanita Trauma, Selepas Ditawar RM500 Untuk Lakukan Seks

Tak dinafikan lebih ramai pemandu e-hailing di kalangan lelaki berbanding wanita. Dengan dunia sekarang yang terdedah kepada jenayah dan bahaya pada bila-bila masa sahaja, membuatkan ramai wanita yang berfikir panjang sebelum membuat keputusan menjadi pemandu e-hailing.

ADVERTISEMENT

Selasa lalu dilaporkan, seorang pemandu e-hailing wanita yang dikatakan trauma selepas menjadi mangsa cabul dan samun penumpang warga Myanmar di Jalan Genting Klang.

Semasa dalam kejadian, pada jam 2.30 petang hari yang sama mangsa yang berusia 32 tahun itu dipercayai sedang membawa kereta Toyota Innova untuk mengambil suspek yang mahu ke Setapak.

Menurut sumber, apabila tiba di lokasi yang ingin dituju, suspek tiba-tiba sahaja tidak mahu turun dari kereta dan menyuruh mangsa untuk ke satu lorong di Jalan Langgak Bukit, Setapak.

Pada mulanya mangsa tidak menyesyaki apa-apa dan membawa suspek ke lokasi itu tetapi sebaik saja tiba suspek terus memintanya untuk melakukan hubungan seks dan akan membayarnya RM500.

Mangsa menolak ajakan suspek dan dia mula meraba dan bertindak agresif mencabul wanita terbabit. – Katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa minit, suspek kemudian keluar dari kereta dan terus melarikan diri.

Mangsa yang ketakutan kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya. – Katanya.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Suspek dah dikenal pasti dan dalam usaha untuk menahannya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – Kata Siti Kamsiah.

Inilah salah satu sebabnya kenapa pemandu e-hailing kurang di kalangan perempuan.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas