Connect with us

Oh! Media

Pemandu Vanessa Angel Main Telefon, Update Instagram Story Ketika Memandu

Trending

Pemandu Vanessa Angel Main Telefon, Update Instagram Story Ketika Memandu

Dunia hiburan Indonesia baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian pasangan merpati dua sejoli, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Wanita Dirempuh Kereta Semasa Bantu Mangsa Kemalangan

Pasangan itu meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Terbaru, polis Jawa Timur mengesahkan pemandu Vanessa Angel yang dikenali sebagai Joddy mengaku bermain telefon bimbit ketika memandu.

Joddy turut mendedahkan ketika kemalangan, dia memandu pada kelajuan 120 kilometer sejam.

Susulan pengakuan itu, pihak polis telah rampas telefon bimbit dan alat bukti elektronik untuk siasatan lanjut. Pihak polis turut menyiasat dakwaan pemandu mengantuk menjadi punca utama kemalangan.

Jurucakap polis, Hendry Ferdinan Kennedy berkata, pihak tidak menolak pemandu adalah suspek utama kes.

Joddy memberitahu, dia sempat bermain telefon bimbit dan membuat ‘Instagram story’ ketika memandu.

Untuk melengkapkan siasatan kes, pihaknya turut mengambil keterangan beberapa orang saksi.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman Instagram Story mendakwa Joddy memandu dengan kelajuan mencecah 190km/j.

vanessa angel

Instagram Story yang dibuat walau bagaimanapun dihapus Joddy tidak berapa lama selepas kemalangan berlaku.

Meninjau ke ruangan Instagram pemandu, netizen Indonesia membanjiri ruangan gambar menyelar tindakannya yang cuai sehingga mengorbankan nyawa orang lain.

Kredit: tribunnews | Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas