Connect with us

Oh! Media

Pemandu Treler Wanita Didapati Bersalah Kurang Perhatian Hingga Hampir Gilis Penunggang Motosikal

treler

Trending

Pemandu Treler Wanita Didapati Bersalah Kurang Perhatian Hingga Hampir Gilis Penunggang Motosikal

Sebelum ini tersebar video menunjukkan seorang penunggang motosikal yang sedang mengisi angin tayar di sebuah stesen minyak hampir digilis sebuah lori treler.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Takkan Tak Nampak?” – Lelaki Nyaris Digilis Lori Masa Isi Angin Motosikal

Hari ini, Mahkamah Majistret mengenakan denda sebanyak RM6,000 ke atas pemandu treler wanita terbabit. Tertuduh mengaku bersalah memandu tanpa cermat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa pada 24 November lepas.

Bukan hanya denda, majistret, Amirul Asyraf Abd. Rashid turut memerintahkan hukuman penjara enam bulan sekiranya orang kena saman (OKS), Noor Haffizza Che Ani gagal membayar denda. Lesen memandu OKS turut disemak sebelum diserahkan semula kepadanya.

Memandu lori treler tanpa perhatian sepenuhnya

Noor Haffizza, 35 tahun dan masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan fakta kejadian, OKS telah melakukan pusingan ‘U’ di dalam kawasan stesen minyak.

Dia yang melakukan pusingan tanpa perhatikan keadaan sekeliling telah melanggar seorang lelaki yang sedang mengepam angin tayar yang berada di hadapannya. Penunggan motosikal kemudia tertolak ke kira dan tergolek sebelum mengalami kecederaan.

OKS memohon denda yang lebih rendah

Sebelum hukuman diputuskan, OKS ada memohon agar hukuman direndahkan dengan alasan masih menanggung ibu yang sakit terlantar.

Saya memohon lesen memandu tidak ditarik kerana ia merupakan sumber rezeki bagi menanggung ibu yang sakit terlantar. – Katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ Ayuni Jamri kemudian tetap memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberikan pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Kredit: Utusan Online

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas