Connect with us

Oh! Media

Pemandu Rempuh Tiang, Pandu Kereta Dipercayai Dalam Keadaan Mengantuk

Trending

Pemandu Rempuh Tiang, Pandu Kereta Dipercayai Dalam Keadaan Mengantuk

Tahap keselamatan di jalan raya perlu dititikberatkan lagi-lagi sejak kebelakangan ini banyak berlaku kes kemalangan jalan raya disebabkan oleh beberapa faktor.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Kosmo, seorang individu yang bekerja di kedai alat telekomonukasi mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat di Jalan Laksamana, Melaka, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu dipercayai berlaku kerana pemandu mengantuk dan melanggar tiang berkenaan. Ekoran itu, mangsa berusia 24 tahun cedera di lidah serta kaki kirinya dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad selaku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah berkata, mangsa memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Pasar Temenggung ke Melaka Raya.

Pemandu gagal mengawal kenderaan yang dipandunya kerana dipercayai mengantuk dan terus merempuh tiang yang berada di lokasi kejadian.

Diharap semua pemandu sentiasa berjaga-jaga ketika memandu di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas