Connect with us

Oh! Media

Pemandu Mabuk Usia 22 Tahun Suspek Pertama Didakwa Dengan Akta Baharu

Oh! Tidak

Pemandu Mabuk Usia 22 Tahun Suspek Pertama Didakwa Dengan Akta Baharu

Selepas sekian lama pemandu mabuk terlepas dari hukuman berat, akhirnya seorang lelaki berusia 22 tahun telah menjadi individu pertama di Georgetown didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan Pindaan 2020 yang diputuskan pada 23 Oktober 2020.

Pesalah itu dikenali sebagai Yen Yew berasal dari Sungai Ara, Bayan Lepas bagaimanapun mengaku tidak bersalah di depan Majistret.

Yen Yew telah dituduh menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Hasil pemeriksaan kadar alkohol dan ia melebihi dari kadar maksimum 125mg alkohol dalam 100 darah.

Apa hukuman baru yang telah ditetapkan? Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda maksium RM30,000 dan jika sabit kesalahan akan dipenjara pula sehingga dua tahun dan tidak boleh menerima lesen memandu selama dua tahun lagi.

Hukuman untuk pemandu mabuk yang melanggar orang hingga maut lain pula ya. Kita harapkan undang-undang di Malaysia ini terus diperkukuhkan agar kes yang sebegini tidak berlaku.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top