Connect with us

Oh! Media

Lima Buah Kenderaan Terbabit Dalam Satu Kemalangan Serentak, Gara-Gara Pemandu Mabuk

Trending

Lima Buah Kenderaan Terbabit Dalam Satu Kemalangan Serentak, Gara-Gara Pemandu Mabuk

Satu lagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk dilaporkan berlaku sekitar jam 7.00 malam tadi. 

ADVERTISEMENT

Dasyatnya lima buah kenderaan dikatakan turut terbabit sama dalam kemalangan itu gara-gara kerana seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Mewah 2/3 Pandan Mewah, semalam.

Mohammed Farouk Eshak selaku Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata, kemalangan jam 7 malam itu telah membabitkan Toyota Hilux, Perodua Bezza, Proton Saga, Volkswagen Beetle dan Proton Wira.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika Toyota Hilux dipandu seorang lelaki mabuk berusia 48 tahun dari arah Taman Putra membelok ke Jalan Mewah 2/3.

Toyota Hilux itu hilang kawalan lalu merempuh Perodua Bezza di kawasan parkir di kiri jalan. – Katanya.

Mohammed berkata, pelanggaran itu juga telah menyebabkan Toyota Hilux tersebut merempuh hadapan Proton Saga yang pada ketika itu sedang mengekorinya di sebelah kanan.

Toyota Hilux itu kemudian naik ke bonet hadapan kereta yang dilanggar dan masuk ke laluan bertentangan.

Menyebabkan pelanggaran seterusnya adalah dengan Volkswagen Beetle dari sisi kanan.

Disebabkan pelanggaran itu Volkswagen Beetle itu telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar pula Proton Wira di kawasan parkir tepi jalan. – Katanya.

Beliau berkata, kejadian itu telah menyebabkan pemandu Volkswagen Beetle cedera di dada dan dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di wad Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan saksi kemalangan itu sedang dikesan. – Katanya.

Katanya, hasil ujian saringan terhadap pemandu Toyota Hilux mendapati tahap kandungan alkohol melebihi had ditetapkan, manakala ujian air kencing pula didapati negatif dadah.

Pemandu Toyota Hilux itu telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadapnya akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang, esok.

Bagi orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348 bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas