Connect with us

Oh! Media

Pemandu Mabuk Direman, Suruh Polis Buka Pakaian Nak Gaduh?

pemandu mabuk

Trending

Pemandu Mabuk Direman, Suruh Polis Buka Pakaian Nak Gaduh?

Kejadian di jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuh Raya Persekutuan, seorang pemandu mabuk telah menimbulkan masalah dengan anggota polis apabila dia melontarkan kata-kata kesat dan menarik baju anggota polis tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Selamba Memandu Dalam Keadaan Mabuk, 4 Individu Ditahan Polis

Menerusi laporan Kosmo, pemandu tersebut merupakan seorang lelaki berumur 28 tahun dan berada di bawah pengaruh alkohol telah menyuruh anggota polis membuka pakaiannya untuk diajak gaduh.

Bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat

pemandu mabuk

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian itu berlaku pada jam 1.15 pagi apabila anggota polis mahu menahan suspek kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Suspek yang memandu kereta jenis Volkswagen Polo telah diarahkan berhenti namun enggan berbuat demikian sebelum berhenti secara mengejut di Kilometer 2.6 Jalan Lapangan Terbang Subang.

Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol itu telah bertindak agresif dengan melontarkan kata-kata kesat selain menarik baju anggota polis terbabit.

Suspek turut mengarahkan anggota tersebut membuka pakaian seragamnya untuk bergaduh.

Keputusan ujian saringan awal menunjukkan suspek tidak berada dibawah pengaruh alkohol yang berisiko. Pemandu itu telah direman dua hari bagi membantu siasatan kerana telah menghalang tugas penjawat awam. Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencabar anggota polis.

Nak gaduh dengan polis, sendiri dapat padah. Semoga pemandu mabuk itu mengambil iktibar atas perbuatan buruk yang dilakukannnya dan tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas