Connect with us

Oh! Media

(Video) Pemandu Lori Teruk Dibelasah Penduduk Selepas Gagal Melarikan Diri

Trending

(Video) Pemandu Lori Teruk Dibelasah Penduduk Selepas Gagal Melarikan Diri

Seorang pemandu lori mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk kepala dan leher dipercayai dibelasah penduduk setempat ketika cuba melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, petang semalam.

ADVERTISEMENT

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, suspek yang memandu lori dikatakan melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang penunggang berusia 21 tahun.

Mangsa ketika itu datang dari arah bertentangan iaitu dari Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sedang membelok ke simpang kiri.

Katanya sebaik sahaja lelaki itu dikepung orang ramai, suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan lorinya yang kemudian melanggar sebuah lagi motosikal serta sebuah kereta di belakangnya.

Suspek mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, bahagian belakang badan serta di tangan dan kaki selepas dipukul penduduk setempat. – Katanya.

Azman berkata, suspek kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting sementara penunggang motosikal yang patah tangan dan kedua-dua kaki turut ditempatkan di hopsital yang sama.

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1369299639455932418?s=21

Sementara dua lagi mangsa katanya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes itu ujarnya, disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Astro Awani, My_CrimeWatch

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas