Connect with us

Oh! Media

Pemandu Lamborghini Dakwa Itu Kereta Sewa, Tapi Lain Pula Kata Pemilik Sebenar

lamborghini

Trending

Pemandu Lamborghini Dakwa Itu Kereta Sewa, Tapi Lain Pula Kata Pemilik Sebenar

Sebelum ini kami ada kongsikan gambar dan video yang menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah kereta mewah Lamborghini yang merempuh Proton Perdana dari arah belakang sehingga terbalik.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Lamborghini Rempuh Tiga Kenderaan, Proton Perdana Terbalik

Kejadian yang berlaku di Jalan Tun Razak pagi semalam telah membuatkan kesesakan teruk. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kehilangan nyawa.

Pemandu Lamborghini sebenarnya bawa kereta sewa?

Tetapi, hari ini tersebar pula video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Lamborghini mengaku yang kereta mewah itu bukan miliknya. Ini selepas ada seorang pengguna jalan raya membuat rakaman dan menunjukkan dua orang pemuda yang dipercayai membawa Lamborghini terbabit.

Itulah sedarlah awak, memang awak orang kaya tetapi tengok apa yang berlaku. – Kata lelaki yang merakam.

Salah seorang pemuda itu kemudian menjawab secara spontan yang kereta itu bukan miliknya, sebaliknya dia telah menyewa Lamborghini terbabit.

Tak ini bukan kereta saya, ini kereta sewa, – Balas pemuda terbabit.

Tidak berakhir di sini, tersebar pula perbualan whatsapp yang dipercayai pemilik Lamborghini menyatakan dua orang pemuda itu adalah pekerja bengkel. Mereka dikatakan sedang melakukan pandu uji tetapi telah membawa laju sehingga 200km/j. Mereka turut memberi alasan ‘brek tidak makan’ sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.

Dalam satu lagi perbualan Whatsapp, pemilik Lamborghini meluahkan rasa kecewanya apabila pemuda terbabit cuba lepas tangan dengan menyatakan ia kereta sewa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini selepas hasil ujian air kencing, pihak polis mendapati kedua-dua pemandu terbabit bebas dari pengaruh dadah atau alkohol.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas