Connect with us

Oh! Media

Pemandu Bas Ekspres Didakwa Tak Berhenti Solat, Ini Tindakan Diambil Syarikat

Trending

Pemandu Bas Ekspres Didakwa Tak Berhenti Solat, Ini Tindakan Diambil Syarikat

Baru-baru ini viral di media sosial aduan seorang penumpang bas ekspres, Muhammad Safwan yang mendakwa pemandu bas tidak berhenti untuk solat subuh. Apabila ditanya mengenai perkara itu, pemandu dikatakan hanya senyap.

ADVERTISEMENT

BACA: Bas Ekspres Sudah Boleh Penuhkan Penumpang & Tanpa Had Masa

Dia juga mendakwa penumpang ditinggalkan ketika berhenti untuk ke tandas. Dalam aduan itu, dia menyeru pihak syarikat mengambil tindakan sewajarnya.

pemandu

Susulan aduan itu, pihak syarikat Sani Ekspress Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan pemandu bas telah diturunkan dan tidak diberi tugas sebagai pemandu buat masa ini.

Siasatan mendalam juga akan dilakukan syarikat dalam tempoh terdekat.

Berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan. Solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat Islam.

Tambah pihak syarikat lagi, individu itu akan dikenakan tindakan disiplin iaitu amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat.

Berasa kesal dengan insiden yang berlaku, pihak syarikat memohon maaf dan akan berusaha supaya perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Kenyataan penuh

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas