Connect with us

Oh! Media

(Video) Pemandu Lawan Arus Ditahan & Ini Punca Suspek Menggila

Trending

(Video) Pemandu Lawan Arus Ditahan & Ini Punca Suspek Menggila

Pagi tadi viral lagi video di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta memandu lawan arus di lebuh raya. Kejadian yang berjaya dirakam itu dikatakan berlaku di KM 355.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dan pemandu terbabit berjaya ditahan.

ADVERTISEMENT

Pihak berkuasa memaklumkan, pemandu terbabit sebenarnya cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungkai dengan memandu secara lawan arus sejauh 1.4 kilometer dan kemudiannya bertembung dengan kenderaan lain dan dilanggar pula dengan sebuah lori.

Suspek lelaki berusia 34 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Klang menuju ke Bidor untuk merayakan Deepavali.

Tindakan memandu lawan arus itu menyebabkan kereta yang dipandu suspek melanggar sebuah kereta Toyota Rush yang dalam perjalanan ke arah utara. Suspek ditahan polis di kediamannya dekat Bidor kira-kira jam 11.00 pagi tadi, hari ini bagi membantu siasatan selanjutnya. – Kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.

Nasib pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan bagaimanapun selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil.

Nampaknya semakin ramai orang yang mengambil keputusan melulu tanpa memikirkan keselamatan diri, apatah lagi orang lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas