
Oh! Tidak
Pemandu Ambulan Maut Dalam Perjalanan Ambil Bekalan Vaksin
Oleh
Sebentar tadi dilaporkan satu kemalangan berlaku di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai melibatkan sebuah ambulans. Ambulans yang membawa kakitangan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang itu menuju ke Hospital Permai untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Pemandu ambulans yang dikenali sebagai Shamsul Shamshuri, 49 tahun meninggal di tempat kejadian selepas cedera parah tersepit di bahagian pemandu.

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, kemalangan berpunca selepas ambulans yang membawa 3 lagi staf Kementerian Kesihatan bertembung dengan sebuah lori.
Semasa tiba didapati empat kakitangan itu iaitu pemandu Shamsul Shamsuri, 49; Rosnilam Satari, 48; Azlina Mohd. Rawi, 41; dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van terbabit. Pihak bomba menggunakan alatan ‘rescue cutter’ untuk mengeluarkan semua mangsa yang mengambil masa kira-kira 11 minit. – Kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Abdul Jamal.

Berdasarkan video yang dikongsikan Malaysia Most Virall di Twitter turut menunjukkan beberapa orang awam bersama anggota polis cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit.
ALLAHUAKHBAR, VAN BAWA PETUGAS KESIHATAN UNTUK VAKSIN ORANG AWAM KEMALANGAN..
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) August 18, 2021
TOLONG DOAKAN SUPAYA TIADA YANG CEDERA PARAH pic.twitter.com/AV9NfPXcxq
Salam takziah untuk keluarga pemandu ambulans yang meninggal dunia dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.
Kredit: Utusan Malaysia, Twitter
