Connect with us

Oh! Media

Teungku Mahu Segera Merealisasikan Fatwa, Agar Pemain PUBG Dapat Dikenakan Hukuman Sebat

Oh! Tidak

Teungku Mahu Segera Merealisasikan Fatwa, Agar Pemain PUBG Dapat Dikenakan Hukuman Sebat

Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai ‘PUBG’ sememangnya tidak asing lagi terutamanya bagi anak muda zaman sekarang. Malah permainan video ini juga pernah mencatat hampir 400 juta pengguna dengan 50 juta pemain yang aktif setiap hari. Tak kurangnya juga di Malaysia, siap pernah adakan penganjuran kejohanan PUBG Mobile lagi pada tahun 2018.

Tapi lain pula cerita di negara jiran kita Indonesia. Dikatakan di bandar Aceh, mereka yang aktif bermainan permainan video PUBG ini, bakal dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai. Ini kerana, mereka telah dianggap melanggar syariat Islam.

Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian, berkata PUBG, mengandungi unsur-unsur kekerasan serta peperangan dan pemainnya harus dihukum sebat di hadapan khalayak.

Sebagai negeri yang berpegang kuat pada syariat, pelaku-pelaku yang melakukan tindakan yang telah dilarang di dalam agama Islam, sangat layak diseret dan dikenakan hukuman sebatan yang sesuai dengan aturan. Apatah lagi Acheh sebagai negeri yang berpegang kuat pada syariat adalah sangat layak. – Katanya

Pada Jun 2019, Majlis Ulama Aceh juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram.

Fatwa tersebut dikeluarkan kerana dikatakan permainan video itu banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat, khususnya buat generasi muda.

PUBG juga dikategori sebagai permainan yang penuh dengan unsur kekerasan dan peperangan, dan ini dibimbang akan menjejaskan akhlak dan psikologi kepada pemainnya.

Meskipun PUBG telah diharamkan dan belum lagi ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat. Menurut Teungku Abdurrani pula, pemerintah Aceh sepatutnya sudah boleh melaksanakan hukuman tersebut.

Sebagai seorang Muslim, apabila masih terus memainkan permainan tersebut, tentu mereka akan berdosa. Mereka juga akan bertanggungjawab terhadap dosa mereka di akhirat kelak. – Katanya lagi.

Teungku Abdurrani juga berharap agar pemerintah Aceh segera merealisasikan fatwa tersebut, agar pemain PUBG dapat dikenakan hukuman sebat yang bersesuaian dengan Kanun (Perda) Nombor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.

Dia juga turut meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat, agar turut serta mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung dengan pengharaman PUBG sebelum ini.

Ulama-ulama di Aceh juga bersetuju bahawa, permainan video yang terdapat dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan.

Pemainan video PUBG juga dikatakan akan menyebabkan para pemain menjadi ketagihan dan boleh menyebabkan mereka terpengaruh dengan tingkah laku kekerasan.

Main PUBG tak salah guys, tapi kena la berpada-pada juga. Jangan la taksub sangat, sampai ada yang tak tidur, tak makan, tak mandi semata-mata nak main game. Apa pun, pastikan korang utamakan kewajipan dulu okay.

Kredit: Awani

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top