Connect with us

Oh! Media

Peluk Dan Cabul, Konon Cara Pengamal Perubatan Rawat Sakit Buatan Orang

Trending

Peluk Dan Cabul, Konon Cara Pengamal Perubatan Rawat Sakit Buatan Orang

Empat hari lepas, pihak polis telah menahan seorang pengamal perubatan alternatif yang disyaki mencabul pesakitnya, seorang jurujual wanita. Semalam, satu lagi laporan diterima pihak polis juga dari seorang jurujual wanita, yang menerima ‘cara perubatan’ yang sama.

ADVERTISEMENT

Kes pertama, jurujual berusia 30 tahun tersebut berjumpa dengan suspek untuk dapatkan rawatan perubatan alternatif. Kata suspek, mangsa dah kena buatan orang dan minta izin untuk menyentuhnya. Waktu itulah suspek ambil kesempatan untuk cabul serta cekik leher mangsa. Lepas rawatan, suspek kata dia akan pergi ke rumah mangsa nanti untuk lihat keadaan rumah bagi tujuan perubatan.

“Mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan dengan suspek pada 24 November lalu dan selepas rawatan, suspek meminta izin untuk mencium mangsa namun mangsa tidak membenarkan suspek berbuat demikian.”

Bila dah rasa curiga, barulah mangsa pergi rujuk sebuah pusat rawatan untuk tanya proses rawatan suspek. Rupanya, suspek dah lama kena gantung tugas. Begitu juga dengan kes kedua, namun ia dah terjadi 2 tahun lepas. Mangsa teragak untuk buat laporan lepas baca berita kes pertama dan rasa ia agak sama dengan apa yang dialaminya dulu.

Sama juga, waktu itu mangsa yang datang dengan adiknya telah dikatakan terkena buatan orang. Ketika lakukan rawatan, suspek telah cabul dan memeluk mangsa sebelum turut dilakukan pada adiknya. Mangsa memang dah rasa pelik pada awalnya. Tapi bila mereka tanya pada pusat rawatan dan mereka nyatakan suspek memang ahli perubatan dekat situ, mereka terus pulang ke rumah tanpa fikir sesuatu yang pelik.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, suspek kini direman 4 hari dan disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Macam-macam cara ya orang sekarang nak ambil kesempatan. Jadi, hati-hati dan jangan cepat percaya orang. Kalau rasa pelik je apa yang orang buat, cepat-cepatlah bertindak.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas