Connect with us

Oh! Media

Pelawak Selamba Buat Lawak Lucah Ketika ‘Live’ Teruk Dikecam Netizen 

Trending

Pelawak Selamba Buat Lawak Lucah Ketika ‘Live’ Teruk Dikecam Netizen 

Terdapat satu perkongsian yang tular di Twitter menunjukkan sekumpulan Tiktokers dan juga pelawak didakwa buat lawak lucah dan ‘double meaning’ ketika sesi ‘live’ di Tiktok.

ADVERTISEMENT

Apa yang membimbangkan, ramai pengikut pelawak-pelawak yang melakukan perkara itu adalah remaja dan budak-budak yang masih bersekolah lagi. Rosak rosak!

Kalau korang tengok video tu, ada 6 orang yang melakukan ‘role play’ yang melibatkan seorang wanita menjadi guru yang berasal dari Thailand dan 5 lelaki lagi adalah anak muridnya.

Kesemua lelaki itu seolah ‘mempermainkan’ cikgu berkenaan dengan tindakan menjatuhkan alat tulis secara tiba-tiba dan menyebut perkataan ‘how much’ berulang kali, di mana ia melambangkan isyarat lucah dan tidak baik.

Perkongsian yang menjadi tular itu kemudiannya mencetuskan pelbagai respon di mana rata-rata netizen mengecam pensohor-pensohor terbabit.

Kata netizen, kandungan seperti itu tidak sesuai ditayangkan kerana ramai pengikut mereka adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja. Apa pandangan korang?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas