Connect with us

Oh! Media

Pelakon Iklan Judi Raya Akui Silap, Jelaskan Perkara Sebenar

Trending

Pelakon Iklan Judi Raya Akui Silap, Jelaskan Perkara Sebenar

Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan video tular iklan hari raya mempromosikan kegiatan haram iaitu judi. Lebih mengecewakan apabila menyedari pelakon yang terlibat di dalam klip video adalah orang beragama Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Siasat Video Raya Promosi Judi Dalam Talian

Terbaru, menerusi temubual ekslusif bersama mStar, ketiga-tiga model dan pelakon sambilan telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Salah seorang pelakon, Saifullah Mohd Yunus berkata, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Ketika di lokasi penggambaran, babak-babak penggambaran saya sudah selesai dalam kira-kira 70 peratus, saya dah selesaikan babak babak saya dan kemudian apabila tiba di bahagian babak lirik, dia bagi lirik.

Kita (termasuk pelakon lain) tidak hafal langsung, dia tulis dan lirik diletakkan di sebelah kamera dan pihak produksi meminta kami ‘lip sync’ atau gerak bibir, bukan kami yang menyanyi, itu bukan kami punya suara, ia adalah belakang tabir punya suara.

Walau bagaimanapun, Saifullah mengaku kecewa dan bersalah selepas menyedari diri terlibat dalam perbuatan yang melanggar undang-undang.

Saya sangat kecewa, sehinggakan saya tidak dapat tidur semalam… saya berfikir, benda ni sangat teruk, saya terima banyak kecaman.

Saya rasa sangat bersalah kerana saya sepatutnya bersikap lebih peka dan teliti.

Saya ingin memohon maaf kerana tidak betul-betul teliti dengan projek iklan tersebut.

Tambahnya, sebagai seorang pelakon dia sepatutnya mengkaji latar belakang syarikat produksi, jalan cerita dan maklumat rakaman sebelum menerima sesuatu tugas.

Sementara itu, salah seorang pelakon yang enggan mendedahkan nama mendakwa mereka tidak diberitahu terlebih awal mengenai isi kandungan klip video tersebut. Mereka hanya diberitahu khidmat diperlukan untuk menjayakan rakaman MV sempena hari raya.

Wakil produksi hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya MV Shoot March 2021.

Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia bagi mewakili jenama apa.

Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise.

Dakwanya lagi, dia dan rakan-rakan hanya menyedari terlibat dalam iklan promosi judi pada hari penggambaran, 13 Mac.

Mengenai siasatan polis mereka bersedia memberi kerjasama dan tampil menceritakan perkara sebenar yang terjadi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas