Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tak Wajib Pakai Baju Sekolah?

tidak wajib

Trending

Pelajar Tak Wajib Pakai Baju Sekolah?

Apabila sekolah sudah dibenarkan buka, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pelajar sekolah untuk memakai apa sahaja pakaian yang sopan dan tidak wajib berbaju sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: Kenapa Tak Pasang Langsir Di Sekolah? Ini Penjelasan Pengamal Perubatan

Menurut Utusan, Kementerian Pendidikan telah memberi peringatan kepada pihak sekolah untuk beri pelonggaran dalam aspek pemakaian kepada pelajar dan murid sekolah.

Boleh pakai apa saja pakaian sopan ke sekolah

tidak wajib

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah menegaskan bahawa murid dan pelajar dibenarkan untuk memakai apa sahaja pakaian yang sopan ke sekolah. Tapi, masih ada ibu bapa yang merungut memberitahu, ada segelintir guru yang menetapkan syarat pemakaian kepada pelajar.

Saya tekankan sekali lagi bahawa seperti dinyatakan sebelum ini kita membenarkan murid-murid untuk berpakaian yang sesuai serta sopan dan kemas sehingga tempoh akhir tahun persekolahan iaitu pertengahan Disember.

Itu paling penting kerana kementerian dapat aduan ada yang beritahu cikgu suruh pakai baju sekian-sekian, kasut sekolah betul-betul sedangkan sebahagian mereka ini ada yang baju pun sudah tak muat.

Isu ini telah diberitahu sejak 21 September, bahawa mulai 3 Oktober, pakaian seragam ke sekolah tidak diwajibkan. Hal ini kerana, ada ibu bapa yang mempunyai kekangan dan masalah untuk membeli pakaian sekolah. Pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran pelajar ke sekolah, dan bukannya menyulitkan keadaan.

Saya mohon pihak sekolah khususnya guru-guru pastikan anak murid dimudahkan kehadiran mereka ke sekolah. Kita tak nak tetapkan hari tertentu pakai pakaian tertentu, kalau tak boleh pakai misalnya kena beritahu mak ayah dan sebagainya.

Ini mungkin memberikan satu bebanan kepada ibu bapa khususnya buat mereka yang kurang berkemampuan.

Apabila kerajaan sudah memudahkan urusan, janganlah pihak sekolah merumitkan lagi keadaan. Sama-sama kita memudahkan urusan semua pihak agar aktiviti harian berjalan dengan lancar. Semoga tiada lagi guru yang meminta pelajar untuk memakai pakaian yang tertentu di sekolah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas