Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tahun Enam Maut Disambat Petir Ketika Menelefon Rakan

Trending

Pelajar Tahun Enam Maut Disambat Petir Ketika Menelefon Rakan

Kegembiraan murid tahun enam ketika berbual dengan rakannya melalui telefon bertukar tragedi apabila dia dilaporkan maut selepas dipercayai disambar petir.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Sahabat Maut Disambar Petir

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, ditemui terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di lengannya kira-kira jam 4.50 petang semalam.

Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, ketika kejadian, dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat selepas baharu sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya.

Kemudian, isteri memaklumkan anak keempat daripada lima beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.

Selain itu terdapat kesan melecur pada tangan kanan anak dan kesan terbakar di bahagian tilam tempat tidurnya.

Tambah M. Nor Zawawi lagi, anaknya itu terus dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

Mayat Nur Asyiqin kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas