Connect with us

Oh! Media

Pelajar STPM Kesal Terima Jahitan Di Bibir, Dagu dan Pinggang Gara-Gara…

Trending

Pelajar STPM Kesal Terima Jahitan Di Bibir, Dagu dan Pinggang Gara-Gara…

Baru sahaja negara kita Malaysia, tercalon dalam ranking antara 10 negara paling bahaya untuk memandu dan kalau dilihat setakat hari ini saja sudah banyak berita kemalangan yang dilaporkan di media berlaku sejak pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Terbaru, seorang pelajar tingkatan enam mendakwa akibat terlanggar lubang di jalan raya pada Isnin lalu, dia telah terlepas untuk menduduki satu kertas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kilometer 8, Jalan Lipis-Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

Mangsa, Nurul Izzah Kamarudin, 20, berkata, kejadian pada pukul 7.23 pagi itu berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Lipis untuk mengambil pepe­riksaan kertas Ekonomi Ula­ngan 2.

Pada pagi hari kejadian, saya menunggang motosikal dan menggunakan laluan tersebut untuk ke sekolah sebelum ternam­pak pasir di permukaan jalan, namun saya tetap mela­luinya.

Rupa-rupanya, pasir itu sebenarnya menutup lubang yang sangat dalam. Saya kemudian terjatuh selepas gagal mengelak lubang. – Katanya kepada wartawan Kosmo.

Pasir yang didakwa menutupi lubang dalam.

Nurul Izzah memberitahu, disebabkan oleh kemalangan itu, dia yang tidak sedarkan diri telah dibawa oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan.

Katanya, dia mula sedar kira-kira pukul 10 pagi setelah berada di hospital berkenaan.

Nurul Izzah menunjukkan luka dimukanya selepas kemalangan.

Saya menerima beberapa jahitan pada bahagian atas bibir, dagu dan pinggang selain luka di kedua-dua tangan serta lutut,” ujarnya.

Nurul Izzah berkata, dia tidak sempat menduduki peperiksaan kertas tersebut kerana sewaktu ia berlangsung, doktor masih lagi merawatnya.

Dia mendakwa, lokasi kemala­ngan tersebut sering dijadikan tempat meletakkan kenderaan berat terutama lori sehingga menyebabkan jalan tersebut rosak serta berlubang-lubang.

Saya harap pihak berkuasa segera membaiki jalan-jalan yang berlubang kerana ia boleh mendatangkan kecederaan parah, malah menyebabkan kematian. – Katanya.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas