Connect with us

Oh! Media

Pelajar Malaysia Di UK Kritikal Dilanggar Bas

Trending

Pelajar Malaysia Di UK Kritikal Dilanggar Bas

Seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Manchester, UK dilaporkan telah terlibat dengan satu kemalangan pada 28 Disember, 4.25 petang di Wilmslow Road, Rusholme.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Manchester Evening News, Nur Izzah Mohd Shokri, 20, merupakan seorang pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester.

Ketika kejadian, Nur Izzah dikatakan sedang menunggang basikalnya sebelum dia dirempuh oleh sebuah bas hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan yang serius dan dikejarkan ke Salford Royal Hospital dan difahamkan bakal menjalani pembedahan.

Pegawai atas pendidikan di Education Malaysia UK, Firdaus Zakaria juga ada memberitahu bahwa mereka telah pun menguruskan segala keperluan bagi kedua ibu bapa Nur Izzah yang tinggal di Karak, Pahang untuk terbang ke UK bagi bertemu anak mereka.

Tinjauan kami di laman sosial mendapati beberapa rakannya turut memuat naik posting, memohon doa orang ramai supaya mendoakan kesembuhan buat Nur Izzah.

https://twitter.com/afifikmal__/status/1343715251238350849?s=21
https://twitter.com/_rhdtlashh/status/1343807584390664192?s=21
https://twitter.com/_rvccx/status/1343780742774497280?s=21

Sama-sama kita doakan semoga Nur Izzah diberikan kesembuhan dan berada dalam keadaan yang baik-baik.

Kredit: Manchester Evening News, afifikmal, rhdtlashh, rvccx

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas