Connect with us

Oh! Media

Pekerja Saman Majikan Kerana Dapat Gaji Tapi Tak Diberi Kerja

Oh! Tidak

Pekerja Saman Majikan Kerana Dapat Gaji Tapi Tak Diberi Kerja

Selalunya kita dengar pekerja mengeluh diberikan kerja yang banyak dari majikan sampai tak ada masa nak berseronok. Tapi kali ini lain pulak weh.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pekerja Yang Bagus Sentiasa Angkat Telefon Bos Walau Waktu Malam, Cuti” – Aliff Syukri

Seorang wanita difahamkan telah menyaman majikannya kerana telah melakukan gangguan moral dan diskriminasi disebabkan keadaan kesihatannya.

Laurance Van Wassenhove berkata sebelum ini dia bekerja sebagai penjawat awam France Telecom namun ditawarkan pekerjaan baru sesuai dengan keadaannya pada 2002 disebabkan mempunyai penyakit hemiplegik sejak lahir.

Disebabkan masih tidak diberikan tugasan selama 20 tahun bekerja, dia telah melantik peguam untuk memfailkan saman terhadap syarikatnya.

Mereka lebih suka membayarnya daripada membuatnya bekerja.

Bagi orang kurang upaya (OKU) bekerja bermakna mempunyai tempat dalam masyarakat, pengiktirafan, ikatan sosial.

Peguam yang mewakili Laurence juga berkata dia juga telah memfailkan saman terhadap empat pengurusnya.

Ini termasuk mengambil kira keadaan sosial peribadi wanita itu dan membayar gaji penuhnya secara berterusan serta beberapa bantuan yang tidak boleh dikembalikan.

Namun, syarikat berkenaan berkata pihaknya telah melakukan segala-galanya untuk memastikan wanita itu bekerja dalam keadaan yang terbaik .

Hmm biasanya pekerja lagi suka tidak diberikan kerja tapi lain pulak kali ni. Harapnya dapat diselesaikan dengan baik lah ye.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas