Connect with us

Oh! Media

Pekerja Kedai Makan Selamba Korek Hidung Depan Pelanggan

Trending

Pekerja Kedai Makan Selamba Korek Hidung Depan Pelanggan

Suasana yang bersih akan mewujudkan persekitaran yang selesa dan disukai ramai. Sebagai pekerja, kita perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya ianya kekal bersih dan selesa.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pekerja restoran makanan segera dikecam warga maya kerana sikapnya yang berkelakuan jijik ketika melayan pelanggan di mana ia mendatang ketidakselesaan kepada pelanggan berkenaan.

Lebih menjijikkan, dia sempat mengorek hidung di kaunter restoran ketika bertugas bahkan pekerja berkenaan juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika melayan pelanggan.

Seorang pelanggan yang tidak mahu dikenali, dia terkejut apabila menyaksikan hal seperti di hadapannya. Kejadian menjijikkan itu berlaku di Cornwall, England sekitar 10 Mac lalu.

Kakitangan mereka masukkan jari ke dalam hidung ketika menguruskan makanan. Dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat lagi, ia tidak bagus untuk dilihat.

Pelanggan itu juga turut memuat naik gambar pekerja itu sebagai bahan bukti menerusi akaun media sosial miliknya.

Berita itu tular dan mendapat perhatian daripada pihak atasan restoran tersebut, dan dia telah pun ditawarkan ganti rugi wang atas kejadian menjijikkan itu.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas