Connect with us

Oh! Media

Isu Agong Tak Isytihar Darurat, Peguam Mahu Saman Kerajaan

Trending

Isu Agong Tak Isytihar Darurat, Peguam Mahu Saman Kerajaan


Mesti ada yang tarik nafas legakan bila Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak cadangan kerajaan untuk isytiharkan darurat tempoh hari. Keputusan itu juga dikatakan turut diterima baik oleh semua pihak.

ADVERTISEMENT

Ahad lalu, Agong telah pun memutuskan untuk tidak memberi perkenan cadangan Muhyiddin dengan menyifatkan ianya tidak mempunyai keperluan.

Baru saja selesai isu darurat, hari ini pula dikatakan ada seorang peguam yang telah memfailkan tindakan undang-undang berkaitan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan pengisytiharan darurat.

Saman itu difailkan oleh Syed Iskandar Syed Jaafar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, menerusi Tetuan R Kengadharan & Co, dengan menamakan kerajaan sebagai defendan (pihak yang dikenakan tuntutan)

Melalui saman pemula itu, Syed Iskandar Syed Jaafar sebagai plaintif (pihak yang ingin menuntut sesuatu di Mahkamah) menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan. 

Syed meminta mahkamah untuk menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun telah dinasihatkan oleh perdana menteri sebaliknya.

Ini merupakan litigasi kepentingan awam untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan. – Menurut Syed pada kertas kausanya.

Syed Juga ada menjelaskan bahawa tujuan dia mengambil tindakan undang-undang ini adalah untuk mahkamah menentukan bahawa sesiapa yang menjadi perdana menteri tidak akan menghadapi masalah ketika berhadapan dengan mereka yang seharusnya menjadi penjaga Perlembagaan Persekutuan, seperti dalam situasi ketika rang undang-undang diserahkan untuk perkenan diraja.

Walaupun undang-undang tersebut masih akan menjadi undang-undang setelah 60 hari jika gagal mendapatkan perkenan diraja, namun masih menyusahkan perdana menteri untuk melaksanakan tugas mereka.

Agong seharusnya menjadi penjaga Perlembagaan Persekutuan, justeru bukan sebahagian daripada eksekutif.

Mahkamah perlu menentukan batas agar Agong menjalankan tugasnya dengan adil dan tidak dipengaruhi oleh orang lain. – Kata Syed Iskandar.

Aduhai, nak komen lebih-lebih pun tak berani, nanti ada pula yang kena saman. Apapun korang kat luar sana tu sentiasa lah jaga diri, jaga jarak dan jangan lupa juga untuk ikut SOP okay.

Kredit: Harian Metro, Malaysiakini

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas