Connect with us

Oh! Media

Khianati Amanah Yang Diberi, Pegawai Polis Kantoi Bersekongkol Lepaskan Suspek Macau Scam

Trending

Khianati Amanah Yang Diberi, Pegawai Polis Kantoi Bersekongkol Lepaskan Suspek Macau Scam

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dilaporkan telah bersekongkol dalam kegiatan jenayah dengan melepaskan suspek Macau Scam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador juga turut mengesahkan bahawa telah berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan pegawai di Pulau Pinang.

Perkara itu juga turut disahkan melalui hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman terhadap pegawai polis itu yang difahamkan berpangkat Inspektor.

Pegawai berpangkat Inspektor itu dikatakan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang.

Tindakan drastik akan diambil kerana ini secara jelas suatu pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kita mahu dia dituduh di mahkamah kerana kita tidak cenderung jika dia hanya dikenakan tindakan tatatertib yang hukumannya tidak setimpal mana.

Jika dikenakan tindakan tatatertib iaitu di bawah bidang kuasa saya, hukumannya tidak setimpal kerana paling tinggi pun hanya lucut hak emolumen tujuh hari.

Kesalahan ini berat dan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang diketuai menteri serta lapan ahli lain. 

Mereka yang akan memutuskan tindakan lanjut seperti turun pangkat atau buang kerja. – Katanya.

Menurut Abdul Hamid, sebelum ini amanat sudah pun disampaikan kepada pegawai bawahannya supaya menghentikan kegiatan sebegitu yang menjadi kesalahan diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan.

Beliau juga sempat mengulas mengenai isu kompaun RM10,000 akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilaksanakan semalam. 

Katanya, perkara itu turut meletakkan kuasa budi bicara kepada pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Budi bicara yang dimaksudkan adalah membabitkan kuasa kepada pegawai untuk memaafkan kesalahan melanggar SOP terbabit jika didapati pelakunya mempunyai alasan kukuh.

Ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa sama ada ingin kenakan kompaun (sehingga) RM10,000, RM1,000, atau (bahkan) dimaafkan atas budi bicara melalui siasatan yang dijalankan pegawai itu. – Kata Ketua Polis Negara.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas